Monday, February 17, 2014

Lawatan 5S dari Pejabat Daerah dan Tanah Pokok Sena, Kedah

Satu delegasi 5S dari Pejabat Daerah dan Tanah Pokok Sena, Kedah dengan kekuatan anggota seramai 39 orang telah berkunjung ke IKM Beseri pada hari Isnin 17 Februari 2014 jam 10.30 pagi dengan diketuai oleh En. Zainizam bin Zainun selaku Kerua Penolong Pegawai Daerah untuk berkongsi maklumat dan pengalaman pusat ini dalam amalan persekitaran 5S. Taklimat telah diberikan oleh Pn. Basiroh binti Zainol Abidin dengan dibantu oleh En. Fazirul Akbar bin  Mohd Radzi. Ucapan aluan telah diberikan oleh En. Kamarul Zaman bin Mohamad selaku Koordinator 5S.

No comments:

Post a Comment

Apakah Itu 5S

SEIRI SISIH

Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukandi tempat kerja dan membuangkannya

SEITON SUSUN
Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan

SEISO SAPU
Bersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada habuk di atas lantai, mesin dan perkakas

SEIKETSU SERAGAM
Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap masa

SHITSUKE SENTIASA AMAL
Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan kebersihan yang baik dengan sendirinya