Wednesday, September 18, 2013

Monday, September 16, 2013

Bengkel Persediaan Konvensyen QE/5S Peringkat UUM

Pada 10 dan 11 September 2013 bertempat di EDC, UUM Sintok kedah, telah berlangsung satu bengkel Persediaan Konvensyen QE/5S Peringkat UUM yang dikelolakan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Pejabat Wilayah Utara. IKM Beseri telah dijemput ke sesi perkongsian persembahan konvensyen QE/5S hasil pembentangan yang telah dibuat dalam Konvensyen 5S di Peringkat Wilayah Utara. Pn. Basiroh binti Zainol Abidin, En. Che Supian bin Che Man dan Pn. Rosmaliza binti Hj. Hassim telah menghadiri bengkel tersebut pada pagi 11 September 2013 untuk berkongsi teknik-teknik persediaan dan persembahan untuk konvensyen 5S.











Apakah Itu 5S

SEIRI SISIH

Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukandi tempat kerja dan membuangkannya

SEITON SUSUN
Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan

SEISO SAPU
Bersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada habuk di atas lantai, mesin dan perkakas

SEIKETSU SERAGAM
Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap masa

SHITSUKE SENTIASA AMAL
Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan kebersihan yang baik dengan sendirinya