Tuesday, March 8, 2011

Lawatan 5S Dari MRSM Langkawi

Satu Lawatan 5S yang telah dikunjungi Dari MRSM Langkawi. IKMARA Beseri mengucap ribuan terima kasih kerana memilih IKMARA Beseri sebagai tempat lawatan dan rujukan untuk merealisasikan 5S.

Apakah Itu 5S

SEIRI SISIH

Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukandi tempat kerja dan membuangkannya

SEITON SUSUN
Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan

SEISO SAPU
Bersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada habuk di atas lantai, mesin dan perkakas

SEIKETSU SERAGAM
Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap masa

SHITSUKE SENTIASA AMAL
Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan kebersihan yang baik dengan sendirinya