Tuesday, November 12, 2013

Lawatan 5S dari Pusat Kokurikulum Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah

Pada 12 November 2013  jam 9.30 pagi, seramai 22 orang staf pentadbiran yang merupakan deligasi 5S dari Pusat Kokurikulum Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah telah sudi berkunjung ke IKM Beseri untuk berkongsi ilmu berkenaan 5S bagi menjayakan program 5S yang telah dirancang bagi organisasi mereka. 











Wednesday, November 6, 2013

LEAN HANDS ON WORKSHOP

6 November 2013
Program : LEAN HANDS ON WORKSHOP


Pada 6 November 2013, seramai 5 orang staf IKM Beseri telah mengikuti Bengkel Lean Hands in Workshop 2013 Air Asia Berhad iaitu En. Abdul Malib bin Ludin, En. Kamarul Zaman bin Mohamad, En. Che Supian bin Che Man, Pn. Basiroh binti Zainol Abidin dan Pn. Rosmaliza bin Hj. Hassim. Bengkel yang berlangsung di Dewan Produktiviti, MPC Petaling Jaya pada sebelah pagi telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah MPC, Y. Bhg. Dato’ Mohd. Razali Hussain diikuti penerangan berkenaan Lean Management, manakala pada sebelah petang pula para peserta di bawa ke Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) Sepang, untuk mendengar taklimat tentang aplikasi pengurusan Lean dalam operasi seharian Air Asia daripada pegawai Air Asia dan melawat sekitar Pejabat Air Asia Berhad serta Lapangan Terbang tersebut.













Tuesday, October 22, 2013

Lawatan 5S dari Pusat Islam Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah

Pada 22 Oktober 2013, seramai 10 orang staf yang merupakan deligasi 5S dari Pusat Islam Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah telah berkunjung ke IKM Beseri untuk berkongsi pengalaman dan melihat sendiri pelaksanaan amalan persekitaran 5S dalam kalangan warga kampus IKM Beseri. Para tetamu telah diraikan oleh En. Abdul Malib bin Ludin selaku Koordinator 5S merangkap Timbalan Pengarah HEA dengan ucapan alu-aluan. Penerangan dan taklimat berkenaan 5S telah diberikan oleh En. Roslan bin Ibrahim dengan dibantu oleh En. Che Supian bin Che Man. Pertemuan yang diakhiri dengan lawatan ke beberapa lokasi dan sesi bertukar cendera kenangan telah memberikan perkongsian yang di antara kedua-dua pihak.










Wednesday, September 18, 2013

Penyampaian Anugerah Konvensyen " Team Excellence 2013 " wilayah Utara.

IKM Beseri diberi pengiktirafan dalam konvensyen " Team Excellence 2013 " peringkat Wilayah Utara pada 4 Jun 2013.










Monday, September 16, 2013

Bengkel Persediaan Konvensyen QE/5S Peringkat UUM

Pada 10 dan 11 September 2013 bertempat di EDC, UUM Sintok kedah, telah berlangsung satu bengkel Persediaan Konvensyen QE/5S Peringkat UUM yang dikelolakan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Pejabat Wilayah Utara. IKM Beseri telah dijemput ke sesi perkongsian persembahan konvensyen QE/5S hasil pembentangan yang telah dibuat dalam Konvensyen 5S di Peringkat Wilayah Utara. Pn. Basiroh binti Zainol Abidin, En. Che Supian bin Che Man dan Pn. Rosmaliza binti Hj. Hassim telah menghadiri bengkel tersebut pada pagi 11 September 2013 untuk berkongsi teknik-teknik persediaan dan persembahan untuk konvensyen 5S.











Apakah Itu 5S

SEIRI SISIH

Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukandi tempat kerja dan membuangkannya

SEITON SUSUN
Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan

SEISO SAPU
Bersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada habuk di atas lantai, mesin dan perkakas

SEIKETSU SERAGAM
Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap masa

SHITSUKE SENTIASA AMAL
Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan kebersihan yang baik dengan sendirinya