Thursday, May 16, 2013

Tahniah || IKM Beseri telah memenangi GOLD di iTex 2013

Tahniah di ucapkan kepada En Amir bin Nik Muhammad, En Fazirul Akbar bin Mohd Radzi, Rozaiman bin Rapia dan A Mohd Nasarudin Bin Mohd Nawir kerana telah berjaya meraih anugerah GOLD di pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi 2013 ( ITEX12). Projek inovasi yang diberi nama "BROKEN WATER TAP EXTRACTOR".









Tuesday, May 7, 2013

Memperbaharui Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) buat kali ketiga

Pada 7 Mei 2013, IKM beseri sekali lagi melakar sejarah tersendiri dalam arena 5S apabila berjaya memperbaharui persijilan amalan persekitaran berkualiti (QE/5S) buat kali ketiga. Pihak MPC telah diwakili oleh Puan Adlina Snawi. Komitmen yang ditunjukkan oleh pihak pengurusan terutamanya Tuan Pengarah, Encik Mohd Rosidi bin Taha telah mendapat pujian daripada auditor MPC yang menilai. Majlis dimulakan dengan penyerahan buku program oleh tuan pengarah kepada Puan Adlina yang telah dibawa khas oleh pelajar yang memandu kereta lumba IKM. Diikuti dengan sesi taklimat dan semakan dokumen di dalam Bilik Mesyuarat Utama. Seterusnya, auditor MPC dibawa melawat sekitar IKM. Majlis diakhiri dengan taklimat penutup yang diberikan oleh Puan Adlina sekitar jam 4.30 petang. Secara keseluruhnanya, IKM Beseri bukan sahaja dapat memperbaharui persijilan amalan persekitaran (QE/ 5S) tetapi juga diberi pujian oleh Puan Adlina selaku auditor berpengalaman atas segala usaha yang dicurahkan bukan sahaja oleh Jawatankuasa 5S tetapi oleh semua warga IKM Beseri.  



























Friday, May 3, 2013

Pelantikan Juruaudit Dalaman


Penyampaian watikah  lantikan juruaudit 5S IKM Beseri oleh En. Ab Ghafa bin Mohamed, Timbalan Pengarah KPHEP bertempat di Dewan Al Ghazali .





AKTIVITI UNIT AUDIT


v  Kursus pelaksanaan 5S kepada warga IKM Beseri
v  Lantikan audit serta penerangan untuk kumpulan audit
v  Penyerahan borang penilaian untuk semua kumpulan audit
v  Pengauditan
v  Proses pemarkahan dan pemurnian oleh kumpulan audit
v  Lawatan jabatan ‘shortlisted’
v  Mesyuarat AJK kumpulan audit dan induk
v  Penempahan hadiah untuk kawasan cemerlang
v  Penyampaian hadiah pemenang amalan 5s cemerlang di setiap zon 
v  Audit penentuan oleh MPC 

Latar Belakang Perlaksanaan 5S di IKM Beseri


·         Pada tahun 2007 BPLK telah mengarahkan semua  IKM melaksanakan 5S. Mantan Pengarah IKM Beseri, Tn. Hj. Ramli bin Mohammad telah menyahut cabaran tersebut.
·         Pelancaran pertama: 3 Julai 2007 dengan pelantikan JK Pemandu dan Pelaksana.
·         Aktiviti peringkat permulaan: penerangan kepada semua warga, kursus berkaitan, lawatan benchmarking dan audit dalaman.
·         Persijilan Pertama: 31 Disember 2008. Merupakan pusat MARA dan institusi latihan kemahiran yang  pertama  di Malaysia dianugerahkan Persijilan 5S.
·         Persijilan Kedua: 12 Jan 2010.
·         Persijilan Ketiga: 11 April 2011
·         Menjadi pusat benchmarking kepada jabatan kerajaan dan swasta.
·         Sehingga kini sebanyak Pusat telah mengadakan lawatan 5S ke IKM Beseri.

Risalah IKM


•    Menyalurkan info 5S kepada risalah Minggu Silaturrahim (MSR) dan Magazine IKM Beseri untuk edaran pelajar  baru dan warga IKM Beseri.



Program Gotong Royong

Tarikh:  14 Mac 2013
Lokasi: Persekitaran IKM Beseri





Aktiviti Unit Promosi

Pemasangan Papan Sudut Amalan 5S kepada semua zon.
Majlis penyerahan banner 5S dan poster 5S
Majlis penyerahan lencana Amalan 5S kepada plajar baru.
 Program perlaksanaan 5 minutes 5S  Talk
5S Pocket Notes
Gotong Royong
Poster peningkatan motivasi Amalan 5S 
Program lawatan 5S
Hari 5S Peringkat IKM Beseri
Laman Web IKM Beseri
Buku Pelawat 5S
Pemasangan poster dan banner ke arah pemantapan Amalan 5S. 
Peti maklumbalas pelanggan
Galeri 5S.
Poster
Blog 5S
Sudut 5S pada buletin IKM dan buku program Minggu Silaturrahim.
Pamplet 5S
Menara 5S
Penyampaian hadiah pemenang amalan 5S cemerlang di setiap zon
Pelancaran maskot 5S

Apakah Itu 5S

SEIRI SISIH

Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukandi tempat kerja dan membuangkannya

SEITON SUSUN
Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan

SEISO SAPU
Bersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada habuk di atas lantai, mesin dan perkakas

SEIKETSU SERAGAM
Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap masa

SHITSUKE SENTIASA AMAL
Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan kebersihan yang baik dengan sendirinya