Pada 7 Mei 2013,
IKM beseri sekali lagi melakar sejarah tersendiri dalam arena
5S apabila berjaya memperbaharui persijilan amalan persekitaran berkualiti
(QE/5S) buat kali ketiga. Pihak MPC telah diwakili oleh Puan Adlina Snawi. Komitmen
yang ditunjukkan oleh pihak pengurusan terutamanya Tuan Pengarah, Encik Mohd
Rosidi bin Taha telah mendapat pujian daripada auditor MPC yang menilai. Majlis
dimulakan dengan penyerahan buku program oleh tuan pengarah kepada Puan Adlina
yang telah dibawa khas oleh pelajar yang memandu kereta lumba IKM. Diikuti
dengan sesi taklimat dan semakan dokumen di dalam Bilik Mesyuarat Utama.
Seterusnya, auditor MPC dibawa melawat sekitar IKM. Majlis diakhiri dengan
taklimat penutup yang diberikan oleh Puan Adlina sekitar jam 4.30 petang.
Secara keseluruhnanya, IKM Beseri bukan sahaja dapat memperbaharui persijilan
amalan persekitaran (QE/ 5S) tetapi juga diberi pujian oleh Puan Adlina selaku
auditor berpengalaman atas segala usaha yang dicurahkan bukan sahaja oleh
Jawatankuasa 5S tetapi oleh semua warga IKM Beseri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Apakah Itu 5S
SEIRI SISIH
Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukandi tempat kerja dan membuangkannya
SEITON SUSUN
Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan
SEISO SAPU
Bersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada habuk di atas lantai, mesin dan perkakas
SEIKETSU SERAGAM
Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap masa
SHITSUKE SENTIASA AMAL
Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan kebersihan yang baik dengan sendirinya
No comments:
Post a Comment