Wednesday, November 6, 2013

LEAN HANDS ON WORKSHOP

6 November 2013
Program : LEAN HANDS ON WORKSHOP


Pada 6 November 2013, seramai 5 orang staf IKM Beseri telah mengikuti Bengkel Lean Hands in Workshop 2013 Air Asia Berhad iaitu En. Abdul Malib bin Ludin, En. Kamarul Zaman bin Mohamad, En. Che Supian bin Che Man, Pn. Basiroh binti Zainol Abidin dan Pn. Rosmaliza bin Hj. Hassim. Bengkel yang berlangsung di Dewan Produktiviti, MPC Petaling Jaya pada sebelah pagi telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah MPC, Y. Bhg. Dato’ Mohd. Razali Hussain diikuti penerangan berkenaan Lean Management, manakala pada sebelah petang pula para peserta di bawa ke Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) Sepang, untuk mendengar taklimat tentang aplikasi pengurusan Lean dalam operasi seharian Air Asia daripada pegawai Air Asia dan melawat sekitar Pejabat Air Asia Berhad serta Lapangan Terbang tersebut.













No comments:

Post a Comment

Apakah Itu 5S

SEIRI SISIH

Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukandi tempat kerja dan membuangkannya

SEITON SUSUN
Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan

SEISO SAPU
Bersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada habuk di atas lantai, mesin dan perkakas

SEIKETSU SERAGAM
Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap masa

SHITSUKE SENTIASA AMAL
Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan kebersihan yang baik dengan sendirinya