Monday, February 10, 2014

Lawatan 5S dari IKBN Jitra.

Pada hari Isnin 10 Februari 2014 yang lalu, satu rombongan seramai 40 orang staf daripada Institut Kemahiran Belia Negara Jitra, Kedah telah berkunjung ke IKM Beseri untuk memenuhi aktiviti 5S yang telah dirancang iaitu menjalankan aktiviti penandaaras ke premis yang telah mendapat persijilan 5S di samping berkongsi maklumat tentang usaha pengekalan amalan 5S yang diterapkan di IKM Beseri. Tetamu telah diraikan oleh Timbalan Pengarah HEA, En. Abdul Malib bin Ludin dan taklimat dan lawatan telah dikendalikan oleh En. Nor Muzaffar bin Mat Noor dengan dibantu oleh En. Zulkornain bin Abd Hamid.


No comments:

Post a Comment

Apakah Itu 5S

SEIRI SISIH

Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukandi tempat kerja dan membuangkannya

SEITON SUSUN
Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan

SEISO SAPU
Bersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada habuk di atas lantai, mesin dan perkakas

SEIKETSU SERAGAM
Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap masa

SHITSUKE SENTIASA AMAL
Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan kebersihan yang baik dengan sendirinya