Thursday, February 10, 2011

IKM Beseri Pemenang Anugerah Khas Persekitaran Berkualiti QE-5S Peringkat Kebangsaan Kategori Sektor Awam Agensi Kerajaan Persekutuan.

Budaya kerja dan amalan persekitaran berkualiti warga kerja IKM Beseri telah menempa kejayaan apabila IKM Beseri dipilih sebagai pemenang Anugerah Khas Persekitaran Berkualiti QE-5S Peringkat Kebangsaan Kategori Sektor Awam Agensi Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2010. Ini menjadikan IKM Beseri penerima anugerah tersebut bagi dua tahun berturut-turut sejak dari tahun 2009
Majlis yang berlangsung pada 21 Disember 2010 di Hotel Hilton Petaling Jaya telah dihadiri oleh Pengarah IKM Beseri Tuan Haji Ramli bin Muhammad ditemani oleh Setiausaha 5S En. Fazirul Akbar bin Mohd Radzi. Selain dari sesi penganugerahan tersebut, sesi konvensyen oleh 5 orang pembentang kertas kerja juga diadakan bagi memberi kefahaman dan dorongan buat pengamal 5S di Malaysia.
Tuan Haji Ramli yang ditemui selepas majlis tersebut menyatakan “Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah buat semua warga yang telah memberikan komitmen bagi mendapat kejayaan ini. Saya bersyukur kerana usaha kita mendapat pengiktirafan dan hal ini akan menjadi pendorong semangat bagi kita terus mengamalkan persekitaran berkualiti di tempat kita”.
Terdahulu , IKM Beseri telah didatangi oleh Panel Penilai Pertandingan pada 6 Disember 2010 dan dianugerahkan 9 “sticker” amalan 5S yang cemerlang.

No comments:

Post a Comment

Apakah Itu 5S

SEIRI SISIH

Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukandi tempat kerja dan membuangkannya

SEITON SUSUN
Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan

SEISO SAPU
Bersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada habuk di atas lantai, mesin dan perkakas

SEIKETSU SERAGAM
Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap masa

SHITSUKE SENTIASA AMAL
Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan kebersihan yang baik dengan sendirinya