Tuesday, May 31, 2011

5S

Lawatan Audit dr MPC

Satu lawatan audit dari MPC(Malaysia Productivity Corporation) telah diadakan untuk memperbaharui persijilan 5S di IKM Beseri. yang mana IKM beseri telah dinilai dan telah dipersetujui untuk diberi persijilan 5S.




Tuesday, May 24, 2011

Audit Perdana & Pertandingan Kecerian 5S


Tanggal 11 Mei  2011, unit 5S IKM Beseri telah mengadakan Audit Perdana beserta Pertandingan Keceriaan 5S peringkat IKM Beseri. Tujuan program ini diadakan adalah sebagai persediaan untuk mengahadapi Audit MPC dan memberi penghargaan  kepada mereka yang telah mengamalkan budaya cemerlang 5S.  Seramai 18 orang auditor telah bertugas dan jutaan terima kasih diucapkan kepada mereka. Selain itu, sekalung penghargaan kepada Tuan Pengarah Encik Marzuki Bin Mahamad Radzi  kerana sudi turun padang dan memantau sesi audit pada hari tersebut. Semoga IKM Beseri akan sentiasa cemerlang..









Gotong royong perdana


Pada 7 Mei yang lalu, IKM Beseri telah mengadakan Gotong Royong Perdana. Gotong Royong ini melibatkan semua warga IKM Beseri termasuk para pelajar. Semua warga IKM Beseri begitu komited dan teruja melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan keceriaan. Kerjasama yang erat diantara semua warga dapat dilihat sepanjang sesi gotong royong  berlangsung.


Tuesday, April 12, 2011

Lawatan 5S Dari PAROL Negeri Kedah

Pada 5 April 2011, Jabatan Parol Negeri Kedah telah membuat satu lawatan 5S ke IKM Beseri. Seramai 28 Anggota PAROL menghadiri lawatan ini.











Tuesday, March 8, 2011

Lawatan 5S Dari MRSM Langkawi

Satu Lawatan 5S yang telah dikunjungi Dari MRSM Langkawi. IKMARA Beseri mengucap ribuan terima kasih kerana memilih IKMARA Beseri sebagai tempat lawatan dan rujukan untuk merealisasikan 5S.

Thursday, February 10, 2011

IKM Beseri Pemenang Anugerah Khas Persekitaran Berkualiti QE-5S Peringkat Kebangsaan Kategori Sektor Awam Agensi Kerajaan Persekutuan.

Budaya kerja dan amalan persekitaran berkualiti warga kerja IKM Beseri telah menempa kejayaan apabila IKM Beseri dipilih sebagai pemenang Anugerah Khas Persekitaran Berkualiti QE-5S Peringkat Kebangsaan Kategori Sektor Awam Agensi Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2010. Ini menjadikan IKM Beseri penerima anugerah tersebut bagi dua tahun berturut-turut sejak dari tahun 2009
Majlis yang berlangsung pada 21 Disember 2010 di Hotel Hilton Petaling Jaya telah dihadiri oleh Pengarah IKM Beseri Tuan Haji Ramli bin Muhammad ditemani oleh Setiausaha 5S En. Fazirul Akbar bin Mohd Radzi. Selain dari sesi penganugerahan tersebut, sesi konvensyen oleh 5 orang pembentang kertas kerja juga diadakan bagi memberi kefahaman dan dorongan buat pengamal 5S di Malaysia.
Tuan Haji Ramli yang ditemui selepas majlis tersebut menyatakan “Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah buat semua warga yang telah memberikan komitmen bagi mendapat kejayaan ini. Saya bersyukur kerana usaha kita mendapat pengiktirafan dan hal ini akan menjadi pendorong semangat bagi kita terus mengamalkan persekitaran berkualiti di tempat kita”.
Terdahulu , IKM Beseri telah didatangi oleh Panel Penilai Pertandingan pada 6 Disember 2010 dan dianugerahkan 9 “sticker” amalan 5S yang cemerlang.

Tuesday, February 8, 2011

Lawatan 5S Dari JUPEM Perlis

Pada 1 Febuari 2011, satu lawatan 5S telah di kunjungi oleh JUPEM Perlis. Seramai 18 kakitangan JUPEM telah menghadiri lawatan 5S.





 

Tuesday, February 1, 2011

Polisi 5S IKMARA Beseri

KAMI WARGA IKM BESERI PERLIS BERILTIZAM AKAN MENJAYAKAN AMALAN 5S KAIZEN YANG EFEKTIF. DENGAN ITU, KAMI PERCAYA AKAN MENCAPAI PERKARA – PERKARA BERIKUT :-

1. Menghasilkan produktiviti yang boleh diterima oleh industri secara global.
2. Menghasilkan kualiti kemahiran yang diiktiraf.
3. Menggunakan kos bahan latihan yang optimum.
4. Menyediakan maklumat yang mudah diperolehi oleh umum.
5. Menjadi pusat latihan yang kondusif dan selamat.
6. Melahirkan pelajar yang berketrampilan dan bersahsiah tinggi.

Aktiviti-Aktiviti 5S 2010

AKTIVITI UNIT LATIHAN

1.            Kursus Amalan 5S
2.            Kursus Audit Dalaman
3.            Taklimat - Ketua Zon
4.            Taklimat - Kontraktor
5.            Taklimat - Pelajar
6.            5 Minutes Talk
7.            Memberi ceramah 5S di IKM TYSA Pahang
8.            Memberi ceramah 5S di KKTM Sri Gading
9.            Memberi ceramah 5S di KKTM Petaling Jaya
10.            Memberi ceramah 5S di KKTM Beranang
11.            Memberi ceramah 5S di IKM Sik
12.            Memberi ceramah 5S di IKM Alor Star
13.            Memberi ceramah 5S di GiatMARA Perlis
14.            Memberi ceramah 5S di Mesyuarat Pengarah KPM se Malaysia
15.            Memberi bimbingan di IKM Jasin
16.            Memberi bimbingan di KKTM Balik Pulau

AKTIVITI UNIT PROMOSI

1.            Pemasangan Papan Sudut Amalan 5S kepada semua zon
2.            Pemasangan sepanduk kearah penganugerahan  Persijilan 5S
3.            Majlis penyerahan banner 5S dan fail kepada ketua zon
4.            Majlis penyerahan lencana Amalan 5S kepada pelajar baru sesi Jul-Dis 08
5.            Program perlaksanaan 5 minutes 5S Talk
6.            5S Pocket Note
7.            Gotong-royong
8.            Poster peningkatan motivasi amalan 5S
9.            Program lawatan amalan 5S ke industri
10.          Majlis penyampaian Sijil Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) oleh pihak MPC
11.          Hari 5S peringkat IKM Beseri
12.          Majlis penyerahan lencana dan pocket note untuk pelajar baru sesi Jul-Dis 09
13.          Mewujudkan Laman Web 5S IKM Beseri
14.          Mewujudkan buku pelawat 5S
15.          Pemasangan Banner promosi 5S ke arah pemantapan amalan 5S
16.          Peti Maklum Balas Pelanggan

UNIT AUDIT
1.            Kursus perlaksanaan 5S dan audit serta bentuk kumpulan dan kawasan
2.            Lantikan  audit serta penerangan untuk kumpulan audit
3.            Penyerahan borang penilaian untuk semua kumpulan audit
4.            Pengauditan
5.            Rakaman video dan foto

OBJEKTIF 5S

OBJEKTIF UTAMA PERLAKSANAAN 5S DI IKM BESERI IALAH UNTUK:
1. Memenuhi kepuasan pelanggan.
2. Meningkatkan  kualiti perkhidmatan kepada  pelanggan melalui peningkatan usaha dan  idea  secara berterusan.
3. Sentiasa bekerjasama secara berkumpulan.
4. Sentiasa menerima pandangan daripada semua pihak ke arah mencapai persijilan  5S.
5. Menjadi sebuah organisasi contoh.

Apakah Itu 5S

SEIRI SISIH

Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukandi tempat kerja dan membuangkannya

SEITON SUSUN
Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan

SEISO SAPU
Bersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada habuk di atas lantai, mesin dan perkakas

SEIKETSU SERAGAM
Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap masa

SHITSUKE SENTIASA AMAL
Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan kebersihan yang baik dengan sendirinya