Wednesday, January 15, 2014

Lawatan 5S dari JUPEM

Pada hari Rabu, 15 Januari 2014, bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Ukur dan Pemetaan Perlis, jam 10.30 pagi, satu sesi taklimat berkenaan sistem pengauditan persekitaran berkualiti amalan 5S telah diberikan oleh Pn. Basiroh binti Zainol Abidin dengan dibantu oleh En. Che Supian bin Che Man, En Zulkornain bin Abd Hamid dan Pn. Rosmaliza binti Hj Hassim. Sesi tersebut difokuskan kepada 14 staf yang terlibat dengan unit audit JUPEM dan berakhir dengan sesi soal jawab pada sebelah tengah hari.


No comments:

Post a Comment

Apakah Itu 5S

SEIRI SISIH

Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukandi tempat kerja dan membuangkannya

SEITON SUSUN
Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan

SEISO SAPU
Bersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada habuk di atas lantai, mesin dan perkakas

SEIKETSU SERAGAM
Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap masa

SHITSUKE SENTIASA AMAL
Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan kebersihan yang baik dengan sendirinya