Thursday, January 30, 2014

Lawatan 5S dari IKM Alor Setar

Pada hari Khamis 30 Januari 2014 jam 9.30 pagi, satu rombongan seramai 10 orang staf dari IKM Alor Star telah berkunjung ke IKM Beseri sebagai lawatan muhibbah dari unit Audit Dalaman 5S IKM Alor Star bag iberkongsi maklumat mengenai sistem pengekalan amalan 5S di institusi ini. Taklimat yang telah diberikan oleh En. Roslan bin Ibrahim merupakan kesinambungan daripada lawatan yang telah dibuat oleh beliau bersama En. Che Supian bin Che Man ke IKM Alor Star pada tahun lepas untuk membuat pra audit.


Wednesday, January 15, 2014

Lawatan 5S dari JUPEM

Pada hari Rabu, 15 Januari 2014, bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Ukur dan Pemetaan Perlis, jam 10.30 pagi, satu sesi taklimat berkenaan sistem pengauditan persekitaran berkualiti amalan 5S telah diberikan oleh Pn. Basiroh binti Zainol Abidin dengan dibantu oleh En. Che Supian bin Che Man, En Zulkornain bin Abd Hamid dan Pn. Rosmaliza binti Hj Hassim. Sesi tersebut difokuskan kepada 14 staf yang terlibat dengan unit audit JUPEM dan berakhir dengan sesi soal jawab pada sebelah tengah hari.


Wednesday, January 8, 2014

Lawatan 5S dari kumpulan Inovatif dan Kreatif KEMAS Negeri Perlis

Pada hari Rabu, 8 Januari 2014, seramai 11 orang staf dari kumpulan Inovatif dan Kreatif KEMAS Negeri Perlis telah berkunjung ke IKM Beseri untuk berkongsi pengalaman dan maklumat berkenaan amalan 5S yang dipraktikkan di sini. Sesi taklimat yang bermula pada jam 3 petang itu telah diberikan oleh Pn. Basiroh binti Zainol Abidin.


Apakah Itu 5S

SEIRI SISIH

Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukandi tempat kerja dan membuangkannya

SEITON SUSUN
Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan

SEISO SAPU
Bersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada habuk di atas lantai, mesin dan perkakas

SEIKETSU SERAGAM
Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap masa

SHITSUKE SENTIASA AMAL
Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan kebersihan yang baik dengan sendirinya