Pada 12
November 2013 jam 9.30 pagi, seramai 22 orang
staf pentadbiran yang merupakan deligasi 5S dari Pusat Kokurikulum Universiti
Utara Malaysia, Sintok Kedah telah sudi berkunjung ke IKM Beseri untuk
berkongsi ilmu berkenaan 5S bagi menjayakan program 5S yang telah dirancang
bagi organisasi mereka.
Tuesday, November 12, 2013
Wednesday, November 6, 2013
LEAN HANDS ON WORKSHOP
6 November 2013
Program : LEAN HANDS ON WORKSHOP
Pada 6 November 2013, seramai 5 orang staf
IKM Beseri telah mengikuti Bengkel Lean
Hands in Workshop 2013 Air Asia Berhad iaitu En. Abdul Malib bin Ludin, En.
Kamarul Zaman bin Mohamad, En. Che Supian bin Che Man, Pn. Basiroh binti Zainol
Abidin dan Pn. Rosmaliza bin Hj. Hassim. Bengkel yang berlangsung di Dewan
Produktiviti, MPC Petaling Jaya pada sebelah pagi telah dirasmikan oleh Ketua
Pengarah MPC, Y. Bhg. Dato’ Mohd. Razali Hussain diikuti penerangan berkenaan Lean Management, manakala pada sebelah
petang pula para peserta di bawa ke Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT)
Sepang, untuk mendengar taklimat tentang aplikasi pengurusan Lean dalam operasi
seharian Air Asia daripada pegawai Air Asia dan melawat sekitar Pejabat Air
Asia Berhad serta Lapangan Terbang tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Apakah Itu 5S
SEIRI SISIH
Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukandi tempat kerja dan membuangkannya
SEITON SUSUN
Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan
SEISO SAPU
Bersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada habuk di atas lantai, mesin dan perkakas
SEIKETSU SERAGAM
Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap masa
SHITSUKE SENTIASA AMAL
Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan kebersihan yang baik dengan sendirinya