Tahniah di ucapkan kepada En Amir bin Nik Muhammad, En Fazirul Akbar bin Mohd Radzi, Rozaiman bin Rapia dan A Mohd Nasarudin Bin Mohd Nawir kerana telah berjaya meraih anugerah GOLD di pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi 2013 ( ITEX12). Projek inovasi yang diberi nama "BROKEN WATER TAP EXTRACTOR".
Thursday, May 16, 2013
Tuesday, May 7, 2013
Memperbaharui Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) buat kali ketiga
Pada 7 Mei 2013,
IKM beseri sekali lagi melakar sejarah tersendiri dalam arena
5S apabila berjaya memperbaharui persijilan amalan persekitaran berkualiti
(QE/5S) buat kali ketiga. Pihak MPC telah diwakili oleh Puan Adlina Snawi. Komitmen
yang ditunjukkan oleh pihak pengurusan terutamanya Tuan Pengarah, Encik Mohd
Rosidi bin Taha telah mendapat pujian daripada auditor MPC yang menilai. Majlis
dimulakan dengan penyerahan buku program oleh tuan pengarah kepada Puan Adlina
yang telah dibawa khas oleh pelajar yang memandu kereta lumba IKM. Diikuti
dengan sesi taklimat dan semakan dokumen di dalam Bilik Mesyuarat Utama.
Seterusnya, auditor MPC dibawa melawat sekitar IKM. Majlis diakhiri dengan
taklimat penutup yang diberikan oleh Puan Adlina sekitar jam 4.30 petang.
Secara keseluruhnanya, IKM Beseri bukan sahaja dapat memperbaharui persijilan
amalan persekitaran (QE/ 5S) tetapi juga diberi pujian oleh Puan Adlina selaku
auditor berpengalaman atas segala usaha yang dicurahkan bukan sahaja oleh
Jawatankuasa 5S tetapi oleh semua warga IKM Beseri.
Friday, May 3, 2013
Pelantikan Juruaudit Dalaman
Penyampaian watikah lantikan juruaudit 5S IKM Beseri oleh En. Ab Ghafa bin Mohamed, Timbalan Pengarah KPHEP bertempat di Dewan Al Ghazali
.
AKTIVITI UNIT AUDIT
v Kursus
pelaksanaan 5S kepada warga IKM Beseri
v Lantikan
audit serta penerangan untuk kumpulan audit
v Penyerahan
borang penilaian untuk semua kumpulan audit
v Pengauditan
v Proses
pemarkahan dan pemurnian oleh kumpulan audit
v Lawatan
jabatan ‘shortlisted’
v Mesyuarat
AJK kumpulan audit dan induk
v Penempahan
hadiah untuk kawasan cemerlang
v Penyampaian
hadiah pemenang amalan 5s cemerlang di setiap zon
v Audit
penentuan oleh MPC
Latar Belakang Perlaksanaan 5S di IKM Beseri
·
Pada tahun 2007 BPLK telah mengarahkan
semua IKM melaksanakan 5S. Mantan
Pengarah IKM Beseri, Tn. Hj. Ramli bin Mohammad telah menyahut cabaran
tersebut.
·
Pelancaran pertama: 3 Julai 2007 dengan
pelantikan JK Pemandu dan Pelaksana.
·
Aktiviti peringkat permulaan: penerangan kepada
semua warga, kursus berkaitan, lawatan benchmarking dan audit dalaman.
·
Persijilan Pertama: 31 Disember 2008. Merupakan
pusat MARA dan institusi latihan kemahiran yang
pertama di Malaysia dianugerahkan
Persijilan 5S.
·
Persijilan Kedua: 12 Jan 2010.
·
Persijilan Ketiga: 11 April 2011
·
Menjadi pusat benchmarking kepada jabatan
kerajaan dan swasta.
·
Sehingga kini sebanyak Pusat telah mengadakan
lawatan 5S ke IKM Beseri.
Risalah IKM
• Menyalurkan info 5S kepada risalah Minggu Silaturrahim (MSR) dan Magazine IKM Beseri untuk edaran pelajar baru dan warga IKM Beseri.
Aktiviti Unit Promosi
•Pemasangan Papan Sudut Amalan 5S kepada semua zon.
•Majlis penyerahan banner 5S dan poster 5S
•Majlis penyerahan lencana Amalan 5S kepada plajar baru.
•Program
perlaksanaan 5 minutes 5S Talk
•5S
Pocket Notes
•Gotong Royong
•Poster
peningkatan motivasi Amalan 5S
•Program
lawatan 5S
•Hari 5S Peringkat IKM Beseri
•Laman Web IKM Beseri
•Buku Pelawat 5S
•Pemasangan poster dan banner ke arah pemantapan Amalan 5S.
•Peti maklumbalas pelanggan
•Pemasangan poster dan banner ke arah pemantapan Amalan 5S.
•Peti maklumbalas pelanggan
•Galeri 5S.
•Poster
•Blog
5S
•Sudut 5S pada buletin IKM dan buku program Minggu Silaturrahim.
•Pamplet 5S
•Menara 5S
•Penyampaian hadiah pemenang amalan 5S cemerlang di setiap zon
•Pelancaran maskot 5S
Subscribe to:
Posts (Atom)
Apakah Itu 5S
SEIRI SISIH
Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukandi tempat kerja dan membuangkannya
SEITON SUSUN
Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan
SEISO SAPU
Bersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada habuk di atas lantai, mesin dan perkakas
SEIKETSU SERAGAM
Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap masa
SHITSUKE SENTIASA AMAL
Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan kebersihan yang baik dengan sendirinya