Pada 12
November 2013 jam 9.30 pagi, seramai 22 orang
staf pentadbiran yang merupakan deligasi 5S dari Pusat Kokurikulum Universiti
Utara Malaysia, Sintok Kedah telah sudi berkunjung ke IKM Beseri untuk
berkongsi ilmu berkenaan 5S bagi menjayakan program 5S yang telah dirancang
bagi organisasi mereka.
Tuesday, November 12, 2013
Wednesday, November 6, 2013
LEAN HANDS ON WORKSHOP
6 November 2013
Program : LEAN HANDS ON WORKSHOP
Pada 6 November 2013, seramai 5 orang staf
IKM Beseri telah mengikuti Bengkel Lean
Hands in Workshop 2013 Air Asia Berhad iaitu En. Abdul Malib bin Ludin, En.
Kamarul Zaman bin Mohamad, En. Che Supian bin Che Man, Pn. Basiroh binti Zainol
Abidin dan Pn. Rosmaliza bin Hj. Hassim. Bengkel yang berlangsung di Dewan
Produktiviti, MPC Petaling Jaya pada sebelah pagi telah dirasmikan oleh Ketua
Pengarah MPC, Y. Bhg. Dato’ Mohd. Razali Hussain diikuti penerangan berkenaan Lean Management, manakala pada sebelah
petang pula para peserta di bawa ke Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT)
Sepang, untuk mendengar taklimat tentang aplikasi pengurusan Lean dalam operasi
seharian Air Asia daripada pegawai Air Asia dan melawat sekitar Pejabat Air
Asia Berhad serta Lapangan Terbang tersebut.
Tuesday, October 22, 2013
Lawatan 5S dari Pusat Islam Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah
Pada 22 Oktober
2013, seramai 10 orang staf yang merupakan deligasi 5S dari Pusat Islam
Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah telah berkunjung ke IKM Beseri untuk
berkongsi pengalaman dan melihat sendiri pelaksanaan amalan persekitaran 5S
dalam kalangan warga kampus IKM Beseri. Para tetamu telah diraikan oleh En.
Abdul Malib bin Ludin selaku Koordinator 5S merangkap Timbalan Pengarah HEA
dengan ucapan alu-aluan. Penerangan dan taklimat berkenaan 5S telah diberikan
oleh En. Roslan bin Ibrahim dengan dibantu oleh En. Che Supian bin Che Man. Pertemuan
yang diakhiri dengan lawatan ke beberapa lokasi dan sesi bertukar cendera
kenangan telah memberikan perkongsian yang di antara kedua-dua pihak.
Wednesday, September 18, 2013
Penyampaian Anugerah Konvensyen " Team Excellence 2013 " wilayah Utara.
IKM Beseri diberi pengiktirafan dalam konvensyen " Team Excellence 2013 " peringkat Wilayah Utara pada 4 Jun 2013.
Monday, September 16, 2013
Bengkel Persediaan Konvensyen QE/5S Peringkat UUM
Pada 10 dan 11 September 2013 bertempat di EDC, UUM Sintok kedah,
telah berlangsung satu bengkel Persediaan Konvensyen QE/5S Peringkat UUM yang
dikelolakan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Pejabat Wilayah Utara.
IKM Beseri telah dijemput ke sesi perkongsian persembahan konvensyen QE/5S
hasil pembentangan yang telah dibuat dalam Konvensyen 5S di Peringkat Wilayah
Utara. Pn. Basiroh binti Zainol Abidin, En. Che Supian bin Che Man dan Pn.
Rosmaliza binti Hj. Hassim telah menghadiri bengkel tersebut pada pagi 11
September 2013 untuk berkongsi teknik-teknik persediaan dan persembahan untuk
konvensyen 5S.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Apakah Itu 5S
SEIRI SISIH
Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukandi tempat kerja dan membuangkannya
SEITON SUSUN
Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan
SEISO SAPU
Bersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada habuk di atas lantai, mesin dan perkakas
SEIKETSU SERAGAM
Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap masa
SHITSUKE SENTIASA AMAL
Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan kebersihan yang baik dengan sendirinya