Pada 22 Oktober
2013, seramai 10 orang staf yang merupakan deligasi 5S dari Pusat Islam
Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah telah berkunjung ke IKM Beseri untuk
berkongsi pengalaman dan melihat sendiri pelaksanaan amalan persekitaran 5S
dalam kalangan warga kampus IKM Beseri. Para tetamu telah diraikan oleh En.
Abdul Malib bin Ludin selaku Koordinator 5S merangkap Timbalan Pengarah HEA
dengan ucapan alu-aluan. Penerangan dan taklimat berkenaan 5S telah diberikan
oleh En. Roslan bin Ibrahim dengan dibantu oleh En. Che Supian bin Che Man. Pertemuan
yang diakhiri dengan lawatan ke beberapa lokasi dan sesi bertukar cendera
kenangan telah memberikan perkongsian yang di antara kedua-dua pihak.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Apakah Itu 5S
SEIRI SISIH
Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukandi tempat kerja dan membuangkannya
SEITON SUSUN
Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan
SEISO SAPU
Bersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada habuk di atas lantai, mesin dan perkakas
SEIKETSU SERAGAM
Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap masa
SHITSUKE SENTIASA AMAL
Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan kebersihan yang baik dengan sendirinya