Tuesday, May 31, 2011

5S

Lawatan Audit dr MPC

Satu lawatan audit dari MPC(Malaysia Productivity Corporation) telah diadakan untuk memperbaharui persijilan 5S di IKM Beseri. yang mana IKM beseri telah dinilai dan telah dipersetujui untuk diberi persijilan 5S.




Tuesday, May 24, 2011

Audit Perdana & Pertandingan Kecerian 5S


Tanggal 11 Mei  2011, unit 5S IKM Beseri telah mengadakan Audit Perdana beserta Pertandingan Keceriaan 5S peringkat IKM Beseri. Tujuan program ini diadakan adalah sebagai persediaan untuk mengahadapi Audit MPC dan memberi penghargaan  kepada mereka yang telah mengamalkan budaya cemerlang 5S.  Seramai 18 orang auditor telah bertugas dan jutaan terima kasih diucapkan kepada mereka. Selain itu, sekalung penghargaan kepada Tuan Pengarah Encik Marzuki Bin Mahamad Radzi  kerana sudi turun padang dan memantau sesi audit pada hari tersebut. Semoga IKM Beseri akan sentiasa cemerlang..









Gotong royong perdana


Pada 7 Mei yang lalu, IKM Beseri telah mengadakan Gotong Royong Perdana. Gotong Royong ini melibatkan semua warga IKM Beseri termasuk para pelajar. Semua warga IKM Beseri begitu komited dan teruja melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan keceriaan. Kerjasama yang erat diantara semua warga dapat dilihat sepanjang sesi gotong royong  berlangsung.


Apakah Itu 5S

SEIRI SISIH

Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukandi tempat kerja dan membuangkannya

SEITON SUSUN
Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan

SEISO SAPU
Bersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada habuk di atas lantai, mesin dan perkakas

SEIKETSU SERAGAM
Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap masa

SHITSUKE SENTIASA AMAL
Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan kebersihan yang baik dengan sendirinya